Update Gear...!

Okey kat sini nak update pasal gear terbaru iaitu guitar. Dalam pertengahan bulan September ini Riot Studio bakal menerima gear baru iaitu B.C. Rich Warlock Revenge (White) bersama Coffin Hardcase. Jadi tak banyak yang nak di review kan kat sini cuma boleh tgk gambar n nilaikan.


B.C. Rich Warlock Revenge (White)

Coffin Hardcase

Gear Terbaru!

Ni nak review skit pasal gear terbaru yang bakal menyusul. Korg Kaossilator (Kaoss-Pad) asalnya bentuknya agak besar then KORG dah pun lancarkan Kaoss-Pad mini ni untuk memudahkan para DJ untuk mencurahkan idea dimana-mana saje. Ini kerana Kaoss-Pad ini boleh dihidupkan menggunakan adapter (AC/DC 4.5V) atau pun menggunakan bateri saiz AA (4 biji), itu kelebihan Kaoss-Pad mini. Jadi gear ini bakal di gunakan di Riot Studio pada pertengahan bulan September 2010 ini.

KORG
Kaossilator Dynamic Phrase Synthesizer

Cara Sambungan

Peralatan Baru Dalam Perancngan

Dalam beberapa bulan bekerja ni, asik terpikir je ape target terbaru untuk menambahkan lagi gear2 terbaru untuk studio. Jadi pikir punya pikir la dapat satu idea yang mana sya akan menambah lagi koleksi gitar elektrik sya. So dalam pada berangan2 nak beli gear baru ni, ape gitar yang sesuai nk beli dan selesa tapi ape yg pnting pada sya adalah MINAT sy terhadap gitar tu. Jadi ade dua gitar yang akan saya beli tak lama lagi, insyALLAH jika ada sokongan dari pihak2 tertentu untuk menjayakan impian sya untuk menambah gear baru ini. Sya uploadkan gmbarnya. Mungkin pada pertengahan bulan 7 (July) akan sya beli "Epiphone ES-335 'DOT' Cherry" dahulu dan akan diikuti dengan "B.C. RICH Warlock Revenge White" pula. Harga tidak lah terlalu mahal dan tidak terlalu murah, yela biasanya barang mahal ni kualitinya terjamin.


Epiphone ES-335 "DOT" Cherry...
Ni target utama...

B.C. RICH Warlock Revenge White...
Ini gear yg bakal dibeli...

Pasang "String" Gitar

Fuhhh!!!
Balik je kerja dalam pukul 10.45 malam tadi, terus singgah ke studio. Bukan ape dah lame tak singgah then dah terlanjur hari khamis tu servis gitar then niatnya next week nak pasang string baru tapi dah alang-alang singgah malam ni apa salahnya segerakan kerja yang mudah ni. Tak sangka jugak la pasang string 3 gitar pun dekat 2 jam, mana tak-nya pasang string yang 56' Gold-Top tu string No. 2 putus masa tuning, pehhh letih rasanya...tengok pulak tools semua2 dah kemas lagi la hangin. Bikin punya bikin dalam 1 jam lebih jugak la mengerjakan gitar yang satu tu. Tapi alhamdulillah semuanya siap dalam keadaan yang baik.

Mungkin tak lama lagi gitar-gitar tu akan dapat adik baru...
hahaha tuuuuuunguuuu yee surprise...!!!