SLASH LIVE IN MALAYSIA 05 OGOS 2010

Bertolaknya seawal jam 12 tengahari pada 05 August 2010 untuk menyaksikan idola membuat persembahan pertamanya yang bertempat di “ Sunway Lagoon Surf Beach – Sunway Pyramid”. Tiket yang sudah dibeli awal seminggu menandakan semangat yang berkobar-kobar.

Hari Khamis - 05 OGOS 2010 masa tu masih lagi berkerja bersama syarikat “FOTO CHARLIE SDN. BHD. -Cawangan Batu Pahat Mall”. Memang tepat pada masa dan tarikhnya sebab khamis tu off-day jadi terpaksa la hari jumaat tu amik cuti sendiri. So dipendek kan cerita pukul 12 tengahari lepas siap-siap kemas barang-barang semua terus je terjah kat kereta dan pandu lebih kurang 12.45 tengahari sampai la di tol Yong Peng sambil-sambil tu topup Touch N’ Go and sms mak ayah kejap. Then lebih kurang 3 jam duduk dalam kereta ssambil-sambil berangan dengan terpasangnya album terbaru SLASH yang dibeli pada harga RM4+.++ (CD TULEN). Jadi sesampainya di tol Sungai Besi pada jam 3 lebih kurang jadi perjalanan diteruskan sebab nak ambil abang di asrama PTPL Shah Alam, jadi lebih kurang setengah jam perjalanan sampai la di asrama PTPL. Lepak-lepak sambil makan Nasi Ayam yang dibekalkan dari rumah nenek (entah kenapa rajin sangat nenek) jadi melantak la dengan sekenyang-kenyangnya (sebenarnya dah tak boleh nak makan sebab dah tak sabar nk pergi konsert), jadi siap-siap semuanya kami pun bertolak pada jam 4 petang menuju ke Sunway Pyramid (Federal Highway + Sunway Pyramid = Jalan Tak Sesak). Sesampainya di Sunway Pyramid terus je masuk Parking dalam Sunway di tingkat atas.

Lepas dapat parking (punya sesak dalam tu) kami terus je terjah dalam Sunway, jadi kami pun pergi la tengok-tengok la pintu masuk Sunway Lagoon tepat jam5.30 petang (macam tak ada apa-apa yang berlaku) tapak ruang legar hanya dipenuhi orang yang sedang berbaris hanya banner (kain rentang) “SLASH LIVE IN KUALA LUMPUR” je yang ada tu pun kecik je kat tepi pintu masuk. Jadi kami pun lepak la Starbucks Coffee sambil minum-minum hilang kan dahaga. Lebih kurang jam 6.30 kami pun sama-sama la duduk berbaris di ruang legar tu. Tunggu dekat 1 jam lebih la naik lenguh kaki, pintu mula dibuka orang ramai apa lagi berebut-rebut. So dipendek kan cerita lagi kami pun sampai di ruang legar Sunway Lagoon yang lantainya masih basah dek kerana air kolam, tak sempat menyaksikan band pembuka iaitu Blister yang memenangi “Bintang Rock HOT FM” sebab pintu depan lambat bukak. Jadi yang sempat kami tonton AMY “SEARCH” yang sedangan menyanyikan lagu PAWANA dan diakhiri dengan lagu ISABELLA. Selesai je AMY “SEARCH” bersama EDRIE HASHIM dan band-mate buat persembahan, semua penonton menunggu kelibat SLASH untuk muncul, dekat 1 jam jugak la tunggu dari petang sampai ke malam tapi tidak mengambil masa yang lama tepat jam 8 malam banner diturunkan menandakan SLASH bakal muncul. 10 minit selepas itu SLASH dan band-matenya MYLES KENEDDY VOCALIST ALTER BRIDGE, BOBBY SCHNEK - GUITRAIST, TODD KERNSBASSIST SIN CITY SINNERS dan BRENT FITZDRUMMER SEVENTH HEAVEN dan memulakan persembahan pertamanya dengan single pertama dari album solo SLASH iaitu GHOST (penyanyi asal album - Ian Astbury). SLASH depan mata buat pertama kalinya, sebelum ini hanya melihat dalam Music Video (MV) atau hanya mendengar mp3 sahaja. Menggila lah semua peminat-peminat SLASH termasuk la kami berdua. Persembahan di teruskan dengan lagu MEAN BONE, SLASH nampak bergaya dengan cermin mata RAY-BAN-nya dan gitar GIBSON STANDARD beliau yang disangkut di bahu sejak dari 1987 lagi, semakin bertenaga SLASH dipentas begitu juga para penonton di bawah semakin mengila. Jadi lagu berselang selikan sorakan penonton yang sudah seakan-akan histeria dengan lagi-lagu yang dibawakan oleh SLASH, diteruskan lagi dengan lagu NIGHT TRAIN yang iaitu lagu dari band pertamanya Guns N’ Roses yang mempamerkan line-up utama band itu pada awal tahun 1987 iaitu iaitu Vocal W. Axl Rose, 1st Guitar Slash, 2nd Guitar Izzy Stradlin, BassistDuff Mckagan dan DrummerSteven Adler. Lagu yang penuh tenaga yang dibawakan Slash bersama Myles Kennedy pada malam itu dan diteruskan lagu terbaru juga dari album solo Slash iaitu BACK FROM CALI, kami berdua masih belum merasa vibe SLASH dan secara jujurnya kami hanya melayan terus lagu-lagu itu tanpa vibe terus itu lagu bersilih ganti iaitu SUCKERTRAIN BLUES, NOTHING TO SAY. Sesampai jer setlist lagu STARLIGHT mode berubah dari susana bising menjadi senyap sunyi apa bila MYLES KENEDDY serta merta menukar mood energetik kepada mood slow sambil meminta para menonton bersama-sama menghayati lagu itu. Diteruskan lagi dengan lagu seterusnya iaitu ROCKET QUEEN, CIVIL WAR, DIRTY LITTLE THING, juga singgle dari album solo SLASHBY THE SWORD. Selesainya lagu BY THE SWORD, SLASH pun memainkan sedikit solo dan di sambung terus bersama riff lagu SWEET CHILD O’ MINE, tak boleh bayangkan bagaimana histeria nya penonton dan kami berdua pada malam itu, cukup mengila, kami pun bernyanyi bersama-sama sambil menghayati malam yang penuh makna dan kami baru boleh rasa vibe dari SLASH. Selesai sudah lagu yang dinanti-nantikan itu, SLASH masih lagi bertenaga di pentas walau para penonton sudah kelihatan agak penat sedikit, dan lagu RISE TODAY, di ikuti SLITHER lagu dari band VELVET REVOLVER turut dimainkan. Sudah sampai ke penghujung kami rasa pada malam itu apabila SLASH dan band-mate nya kembali kebelakang pentas untuk berehat seketika, tatkala para penonton masih lagi kepenatan tetapi dengan adanya semangat yang tak luntur-luntur para penonton pun bersorak “SLASH…SLASH…SLASH” dan perlahan-lahan SLASH dan band-mate nya keluar dari belakang pentas dan SLASH mendukung kembali gitar GIBSON nya sambil memainkan intro lagu PARADISE CITY, lagi gamat dibuatnya lagu penutup yang betul-betul membuatkan para penonton dan kami terkena histeria untuk kali ke-2, kami bernyanyi bersama-sama supaya malam 05 OGOS 2010 menjadi satu titik sejarah yang tidak mungkin kami lupakan sampai bila-bila.

SETLIST

  1. - GHOST
  2. - MEAN BONE
  3. - NIGHT TRAIN
  4. - BACK FROM CALI
  5. - SUCKERTAIN BLUES
  6. - NOTHING TO SAY
  7. - STARLIGHT
  8. - ROCKET QUEEN
  9. - CIVIL WAR
  10. - DIRTY LITTLE THING
  11. - BY THE SWORD
  12. - SWETT CHILD O’ MINE
  13. - RISE TODAY
  14. - SLITHER
  15. - PARADISE CITY

* kredit :

Jutaan terima kasih kepada MAK & AYAH (PAUZIAH & RAMLEE) yang telah merealisasikan impian untuk melihat idola sejak lebih 5 tahun. Syukur juga kami berdua selamat pergi dan selamat balik dari persembahan pada malam itu. Kamera yang telah saya guna pakai untuk menggambil gambar pada amalm itu adalah dipijamkan khas. Terima kasih juga tidak terhingga kepada abang saya yang bersusah payah mengambil gambar dan video sedangkan beliau sendiri tidak dapat menghayati konsert pada malam itu. Teks disediakan adalah berdasarkan pengalaman sendiri penulis yang hadir pada malam konsert pada 05 OGOS 2010. Sebarang kesilapan menulis adalah dikesali, teks ini telah siap lebih sebulan tapi tidak sempat utuk dimuat turun. Kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Tidak lupa juga doa serta restu dari NENEK (PATIMAH OTHMAN) yang sanggup menyediakan bekalan sebelum berangkatnya saya ke Kuala Lumpur. Sekia Terima Kasih.