Peralatan Baru Dalam Perancngan

Dalam beberapa bulan bekerja ni, asik terpikir je ape target terbaru untuk menambahkan lagi gear2 terbaru untuk studio. Jadi pikir punya pikir la dapat satu idea yang mana sya akan menambah lagi koleksi gitar elektrik sya. So dalam pada berangan2 nak beli gear baru ni, ape gitar yang sesuai nk beli dan selesa tapi ape yg pnting pada sya adalah MINAT sy terhadap gitar tu. Jadi ade dua gitar yang akan saya beli tak lama lagi, insyALLAH jika ada sokongan dari pihak2 tertentu untuk menjayakan impian sya untuk menambah gear baru ini. Sya uploadkan gmbarnya. Mungkin pada pertengahan bulan 7 (July) akan sya beli "Epiphone ES-335 'DOT' Cherry" dahulu dan akan diikuti dengan "B.C. RICH Warlock Revenge White" pula. Harga tidak lah terlalu mahal dan tidak terlalu murah, yela biasanya barang mahal ni kualitinya terjamin.


Epiphone ES-335 "DOT" Cherry...
Ni target utama...

B.C. RICH Warlock Revenge White...
Ini gear yg bakal dibeli...

Pasang "String" Gitar

Fuhhh!!!
Balik je kerja dalam pukul 10.45 malam tadi, terus singgah ke studio. Bukan ape dah lame tak singgah then dah terlanjur hari khamis tu servis gitar then niatnya next week nak pasang string baru tapi dah alang-alang singgah malam ni apa salahnya segerakan kerja yang mudah ni. Tak sangka jugak la pasang string 3 gitar pun dekat 2 jam, mana tak-nya pasang string yang 56' Gold-Top tu string No. 2 putus masa tuning, pehhh letih rasanya...tengok pulak tools semua2 dah kemas lagi la hangin. Bikin punya bikin dalam 1 jam lebih jugak la mengerjakan gitar yang satu tu. Tapi alhamdulillah semuanya siap dalam keadaan yang baik.

Mungkin tak lama lagi gitar-gitar tu akan dapat adik baru...
hahaha tuuuuuunguuuu yee surprise...!!!

Masa Untuk Menyelenggara Semua Alatan Muzik.

Dah lama rasanya tak jengguk studio. Tadi tengah hari datang sekejap ingatkan nak tengok-tengok je, tapi tak sangka la pulak semua string gitar dah karat teruk. Apa lagi seharian la duduk mengerjakan gitar, dari string melarat pulak sampai ke body gitar. Nasib baik la gitar baru ada 4 biji kalau banyak lagi rasanya mau-mau sampai ke malam. This week cuma tanggalkan string je dulu and service body sikit-sikit, insyALLAH kalau ada masa next week baru pasang string balik. Then untuk info saya uplodkan gambar terbaru ok. more info please visit facebook.com/riotstudiorecording.

Ni Gambar Nya.

Alatan yang diguna-pakai untuk meng-servis.

Peralatan yang diguna-pakai.

Alatan mencuci.

Rubber-mate untuk mengalas.

Selepas servis Les Paul Standard terus servis Les Paul Junior pulak.

Tengah servis Les Paul Junior.

Seterusnya Les Paul 56' Gold-Top.

Dan yang terakhir Fender Drednought Acoustic.

Selepas Servis.

Selepas Servis.

Selepas Servis.

Selepas siap semua alatan diamsukan semula kedalam hard-case masing-masing. Next week baru pasang string baru.